My Cart

Close

Tips Persediaan Majlis Kahwin Bakal Pengantin 2021

Posted on June 17 2020

"Elakkan perhimpunan ramai 6 bulan sehingga setahun selepas PKP"

Ketua Pengarah Kesihatan Dato Dr Noor Hisham Abdullah

 

Bagi yang bakal bernikah anda boleh memilih samada bernikah dirumah atau di pejabat agama di daerah masing masing sahaja. Ini adalah langkah-langkah persediaan keselamatan bagi yang akan melangsungkan perkahwinan ketika PKPP ini.  Jom ikuti langkah langkah di bawah.


1. Pastikan semua mengikuti SOP 

Letak Hand Sanitizer di setiap tempat laluan masuk juga tidak lupa untuk memeriksa suhu setiap orang yang masuk di tempat nikah / rumah. Jangan bersamalan! letak tangan di dada dan tunduk sebagai hormat. Juga minta yang tetamu yang datang supaya pakai mask. Inshallah semua akan selamat.

2. Had kan tetamu ya!

Hadkan tetamu yang datang. Invite yang penting sahaja ya seperti ahli keluarga yang terdekat. Tetamu kurang pembelanjaan pun jimat. Tak gitu?

 

3. Drive Thru / Take away style 

Siapkan bungkus makanan sesiap dengan bilangan tetamu yang di undang. Tiada makanan hidang. Lebih berisiko jika tetamu makan di tempat nikah dan kontak antara sesama akan berlaku ketika beratur mengambil makanan. Oleh itu, sediakanlah makanan bungkus.

 

4. Buat Live. Instagram / Facebook

Bagi yang jauh, jangan bimbang sebab Live instagram dan Facebook ada kan sekaligus mengurangkan tetamu dan kos. Kan senang kita dekatkan dengan teknologi yang ada.

Inshallah semua akan faham dengan keadaan.