Sampin Original Terengganu 100%

Kami berpendapat bahawa apa yang dikatakan asli itu adalah berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu Teknik Pembuatan, Tempat Pembuatan, dan Bahan Pembuatan. Maka, keaslian songket akan dapat dihasilkan sekiranya faktor-faktor tersebut dikekalkan dalam penghasilan songket.

  1. Songket Asli kain songket yang ditenun secara tradisional.

  2. Songket Asli Terengganu kain songket yang ditenun 100% secara tradisional di negeri Terengganu sahaja.

Keaslian sehelai songket dapat dikenali melalui pemerhatian pada kain songket itu sendiri. Pengalaman seseorang individu dapat membantu mengenali keaslian pada songket. Berikut adalah tip-tip untuk mengenali keaslian songket: -
  1. Tepi Kain
    Perhatikan disepanjang tepi kain sekiranya ia adalah songket asli buatan tangan maka akan terdapat kesan-kesan berlubang kecil. Kesan berlubang ini disebabkan jarum pin penahan kain yang dicucuk dipermukaan sebelah bawah kain yang sedang ditenun agar kain tersebut sentiasa berada dalam keadaan tegang semasa proses menenun. Kesan ini juga tidak sekata jaraknya kerana ia bergantung kepada kekerapan tukang tenun menyucuk jarum pin tersebut pada kain yang sedang ditenun.

  2. Warna Corak Bunga
    Lazimnya warna benang emas atau perak yang digunakan. Warna benang emas atau perak berkilauan yang menampakan songket tersebut kelihatan segar. Corak motif yang terdapat pada kain tampak seperti hidup dan menonjol.

    Warnanya tidak mudah pudar walaupun songket itu telah lama berusia. Sekiranya songket tersebut tidak asli, maka warnanya cepat pudar dimakan usia dan mudah kelihatan usang atau tiada serinya.

  3. Jenis Bahan
    Bahan-bahan dalam penghasilan songket adalah amat penting kerana bahan-bahan tersebut adalah ramuan utama. Bahan-bahan yang murah sudah tentu tidak memberi kualiti seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, benang emas atau perak yang mahal mempunyai keberatan yang lebih berbanding dengan benang yang murah. Benang emas atau perak yang murah lazimnya ringan.

    Tetapi, tidak dinafikan bahawa kini terdapat juga songket yang ditenun menggunakan bahan yang ringan terutamanya bahan sutera dan kapas. Ini kerana terdapat permintaan terhadap kain yang jenis ringan demi keselesaan si pemakai tersebut.

Sutera Terengganu

Our customer yang purchase sampin original Terengganu 100%